Parti Berjaya Harris_Salleh

Mulanya beliau adalah Setiausaha Agung parti USNO. Kemudian berkrisis dengan Tun Datu Mustapha lalu menubuhkan Parti UPKO pada 1975 dan kemudian ditukar kepada BERJAYA. BERJAYA adalah hasil kerjasama antara beliau dengan Tun Mohammad Fuad Stephens. Tun Fuad dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah ke-5.

Pada 6 Jun 1976 Tun Fuad terbunuh apabila kapal terbang yang dinaiki terhempas di Kota Kinabalu . Turut terbunuh ialah Datuk Salleh Sulong, Datuk Peter Mojuntin, Chong Thien Vun;pembantu menteri Darius Binion; Setiausaha Negara bagi Kementerian Kewangan Sabah Datuk Wahid Peter Andau; Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah Dr. Syed Hussein Wafa; Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah ), Koperal Said Mohammad (pengawal peribadi Tun Fuad Stephens) ; Captain Gandhi Nathan (juruterbang pesawat) dan anak sulung Johari Tun Fuad Stephens. Oleh itu Harris telah dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah pada 1976.

Pada 1 Jun 1977, Mr Robert Evans meletak jawatan sebagai ahli parlimen Keningau untuk memberi laluan kepada Harris Salleh bertanding di situ.[7]

Pada 11 Julai 1977, Harris Salleh selaku Ketua Menteri Sabah telah berkunjung ke Manila dan menemui Presiden Filipina , Ferdinand Marcos agar Filipina tidak lagi menuntut wilayah Sabah. Ratusan ribu pelarian selatan Filipina melarikan diri ke Sabah. Gerila MNLF / Moro dituduh menjalani latihan di sebuah lokasi rahsia di Sabah. [8]

Dalam Pilihan raya negeri Sabah 1984, parti BERJAYA pimpinan beliau menang besar, mendapat 44 dari 48 kerusi ADUN yang dipertandingkan.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Harris_Salleh http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.malaysiakini.com/news/190617 http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=230... http://www.ssl.sabah.gov.my/clh/Sejarah/tokoh/km_s... http://www.sabah.gov.my/dun/arkib/ketuamenteri.htm http://isni.org/isni/0000000078611590 http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article.aspx?art... http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitst... http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitst... http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitst...